Ex Husband Kaki Drama

Cik Nurul

Romance Completed 42750
5
(52 ratings)

Synopsis

Perpisahan yang berlaku dalam tempoh tiga tahun itu ternyata langsung tidak memberikan kegembiraan kepada dirinya. Dia, Haikal Amir. Juruterbang muda yang berpendidikan tinggi. Tapi sayang, bekas isterinya terlalu tidak sukakan dirinya sehingga meminta untuk bercerai. Tahun berganti tahun, sehinggalah dia mendengar berita yang mengejutkan itu. "Umi bukan apa, risau dengan kamu ni. Angau semacam dengan janda kamu tu. Dia dah nak bertunang pun, kamu bila lagi?" - Hajah Shafarina What?! Adra mahu berkahwin? Tidak sesekali dia biarkan. Adra itu miliknya seorang dan selamanya akan menjadi miliknya. Sudah lama dia biarkan Adra memilih jalan hidup sendiri tetapi sekarang dia tidak akan benarkan. Biar dia pula menganggu kehidupan 'bahagia' wanita itu. "Aku nak kahwin ke, tunang ke, apa masalah kau? Kau dulu yang tak nak aku kan?" - Seri Adra "Bila masa I tak nak you?! You yang tak nak dekat I!" - Haikal Amir Perangai clingy Haikal sebenarnya sudah menggila. Dia melebih-lebih dalam semua hal. Ada saja rancangan nakalnya untuk pisahkan Adra dengan Faiq! Sudahlah gemar mengadu domba pada bapaknya. Tahulah Tok Adi sayangkan Haikal seperti anak sendiri! Kaki drama! "Kau kan dah ada girlfriend ustazah kau tu! Pergilah kahwin dengan dia!" - Seri Adra Girlfriend? Siapa pula penyebar fitnah palsu ni?! Bagi Adra, kemunculan semula Haikal dalam kehidupannya sebenarnya telah mengetuk pintu hati yang sudah lama terluka. Sedikit sebanyak, perasaan nya semakin menebal saban hari. Sehinggalah dia menjadi keliru. Siapa yang sebenarnya dia suka? Haikal Amir atau Faiq Ikhwan? "Kenapa semua orang sanggup biarkan Haikal musnahkan hidup Adra?! Kenapa semua orang rahsiakan benda penting macam ni?!" - Haikal Amir Rahsia yang tersimpan kemas daripada lelaki itu terbongkar jua. Kemarahan Haikal jauh lebih dahsyat daripada apa yang mereka semua jangkakan. Dia sudah bertekad,apa jadi sekalipun dia harus mendapatkan Adra kembali. Biarkan dia harus menjadi lelaki yang dibenci oleh wanita itu! Adra keliru. Siapa harus dia pilih? Atas dasar cinta atau simpati? Apa yang sebenarnya dia cari? Macam mana pula dengan kesungguhan 'ex husband kaki drama' a.k.a Haikal Amir? Pening. Pening.


Share this novel

Rate this story


Comments

N.H
2024-06-28  1 Replies

mcm tergantung je ending dia

iiqbalhady
2024-03-10 

kesian adra.....

nurulhanie
2024-03-02 

Assalamualaikum jemput baca cerita terbaru saya Engkau Jodohku...tq

Cik Nurul

1023 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience