ORKED | THORNS SAVING FLOWER

Drizellla

Romance Series 4043

5 (15 ratings)

Synopsis

"Plan pertama, golakkan rumah tangga Zarina dan Tengku Akyar. Kedua, goda Tengku Akyar. Ketiga, perangkap Tengku Akyar ke alam perkahwinan. Hal perkahwinan itu belakang cerita. Aku tetap juga nak Tengku Akyar." - Tengku Orked. Selepas mendapat berita mengenai Tengku Akyar akan bernikah dengan gadis pilihan, Tengku Orked panas hati. Bagi Tengku Orked, Tengku Akyar harus menunaikan janjinya lima tahun yang lepas iaitu sumpah Tengku Akyar akan menikahinya dan berjanji akan menyatakan hasrat mereka itu kepada Tengku Alfa. Tengku Orked tidak peduli walaupun sudah mengenali Zarina lebih lama dari mengenali Tengku Akyar. Malah sudah menganggap Zarina seperti kakak kandungnya sendiri. Hubungan yang terjalin di antara Tengku Orked dan Zarina hancur berkecai hanya kerana Zarina hamil zuriat Tengku Akyar. "Orked, aku minta maaf sebab tak pernah jujur dengan kau selama ni. Aku cintakan Akyar. Akyar juga cintakan aku. Hubungan kami terjalin sepanjang kita belajar di Australia. Mula-mula tu, kami hanya kawan biasa. Ya, Akyar sangat sayangkan kau. Dia selalu tanya khabar kau dekat aku. Kau sihat ke tak, kau dah makan ke belum, kau mandi ke belum.. Tapi, kau selalu tak ada masa untuk Akyar. Kau macam malas nak layan Akyar. Yalah aku tahu.. Kau selalu sibuk dengan urusan kau. Masa tu kau aktif dengan aktiviti kolej sampaikan kau tak ada masa untuk Akyar apatah lagi nak dengar semua masalah dia. Satu hari tu, kau bergaduh dengan Akyar sebab Akyar call kau malam-malam buta hanya kerana nak cakap dia rindukan kau saja. Mulai dari hari tu, Akyar selalu luah masalah dia dekat aku. Hubungan kami semakin dekat sehingga kami terlanjur. It was an accident. Tapi Akyar bukan lelaki yang lepas tangan. Dia mahu bertanggungjawab dan halalkan hubungan kami ke jinjang pelamin." - Zarina. Air mata Tengku Orked pecah di empangan setelah mendengar pengakuan jujur dari Zarina. Hipokrit! Perampas! Kawan makan kawan! Hati Tengku Orked menggertak benci di dalam hati. "Kali ni, aku mohon. Aku mohon sangat-sangat dengan kau. Lupakan Akyar. Lepaskan kenangan-kenangan kau dengan Akyar. Kami dah bahagia Orked. Anak ni tanda rasa cinta aku dengan Akyar." Ucap Zarina seraya mengelus perutnya yang membusung ke depan. Tengku Orked memusingkan badannya. Air mata yang labuh ke pipi diusap. Perkataan yang tercetus dari bibir Zarina tadi menimbulkan satu senyuman sinis di bibir Tengku Orked. "Semudah tu? You ingat I ni apa? Lepas you dengan Akyar tipu I hidup-hidup selama ni, semudah tu you suruh I lupakan Akyar? You dengan Akyar bahagia tapi macam mana dengan I? You ingat senang I nak lupakan kenangan-kenangan I dengan Akyar? Petik jari saja then terus lupa? Perempuan apa macam you ni? Zarina, I nak tekankan dekat you. Akyar is my life! My life! You rampas Akyar dari I tak ubah macam you dah rosakkan hidup I! Perempuan murahan! Hipokrit! You ingat I ni bodoh nak biarkan you dengan Akyar bahagia? Tak, Zarina. I takkan beri ruang kepada you. I want my life back." Ya, itulah tekad Tengku Orked sehingga Zarina tergamam. Tengku Orked mencorak langkahnya pergi meninggalkan Zarina yang terpaku serta terkelu sendiri. Detik perjalanan hidup baru mereka bermula. Tengku Orked menjalankan misinya. Tengku Akyar keliru dan terus keliru manakala Zarina pula bergelut dalam mempertahankan rumah tangganya dengan Tengku Akyar. Dalam keadaan berbadan dua, Zarina berjuang sendiri. Disangka Tengku Akyar turut sama menahan masjid yang bergoncang tapi tekaan Zarina meleset sama sekali. Tengku Akyar kalah dan tunduk menyembah Tengku Orked semula. Goda semula Tengku Akyar? Berjaya. Rampas semula Tengku Akyar? Berjaya. Singkirkan Zarina dari hati Tengku Akyar? Berjaya. Apa lagi yang dimahukan Tengku Orked? Hidup bermadu juga tidak akan menjadi masalah. Tengku Orked bertepuk tangan untuk diri dia sendiri. Bahagia di atas tangisan Zarina. Ini Tengku Orked! Apa yang dia nak, dia akan dapat. Jangan cuba hendak mengusik harta bendanya. Zarina akhirnya mengaku kalah, mundur dan mengibarkan bendera putih. Kebahagiaan Tengku Orked dan Tengku Akyar tidak lama selepas Zarina ditemui mati membunuh diri. Sejak itu, tingkah Tengku Akyar berubah sekelip mata. Tengku Akyar menyesal separuh nyawa dan lebih menyakitkan Tengku Akyar meletakkan kesalahan itu di bahu Tengku Orked. Orked pembunuh! Perempuan murahan! Sundal! Pelacur! Perempuan sampah! Itulah ayat-ayat yang sering menjadi makanan Tengku Orked setiap hari. Tidak cukup dengan itu, Tengku Orked ditampar, disepak dan diterajang. "Aku tak akan ceraikan kau Orked! Hidup dan mati kau dalam tangan aku. Aku nak kau rasa apa yang Zarina rasa! Talak itu hanya aku saja yang dapat putuskan. Hati aku belum puas. Belum puas seksa kau. Kau tak layak bahagia!"-Tengku Akyar. Disaat masih memegang status isteri kepada Tengku Akyar, Orked ingin meloloskan diri dan melarikan diri dari Tengku Akyar yang sedang dirasuk syaitan. Tapi kemana? Kepada siapa? Sampai bila dia akan menderita? Tengku Orked pun tidak tahu. Selagi boleh bernafas, dia akan bernafas.


Rate this story

Share this novel

LilySophia
2019-11-27 

aduhai zarina, jgn menampak kan diri yg sememangnya murah, klu kau tu tak makan dgn nafsu kau takkan mengandungnya kau tu..apa yg kau dpt buat camni? nak sakitkan hati orked yg memang dah sakit..to orked pls move on, jantan bukan seekor

LilySophia
2019-11-14 

tukar tajuk? btw cite tetap best..tq for update dear

Emy
2019-11-11 

Nice story...

Drizellla

371 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

#LoveIsCinta

Mr.JunkThong

Bila Kau Rindu Aku

ayu

Sahabatku suamiku

Shaa

KISAH KEDAI KOPI

AJIB