Balqis sudah merasa kebas. Sudah dekat 15 minit duduk menggonyoh seluar Zev, tapi Zev masih tidak berpuas hati. Si baju kaftan dia pakai tu pulak asyik nak meleret dekat lantai. Balqis geram. Dia campak seluar Zev ke dalam sinki, dia mengelap tangannya dan dia menyingsingkan kaftan yang dipakainya sehingga paras lutut. Baru tak basah. Zev hanya memerhatikan Balqis. Suka kut dia buli anak dara orang. Sengaja dia suruh Balqis tu sental seluar dia banyak kali, revenge sebab dia dah lecurkan peha Zev tadi. ‘Uih, haha, geram ye cik adik. Baling-baling seluar pulak. Aku nak tengok setakat mana kau boleh sabar.’
Update 06 December 2024
2023-08-19
Best sangat walaupun pendek
2019-12-16
good
2017-12-18
sweet