Darah di Bumi Mahawangsa

NovelPlus

Action Completed 14
0
(0 ratings)

Synopsis

Kisah ini ialah adaptasi fiksyen yang diinspirasikan daripada Hikayat Raja Merong Mahawangsa. Watak, peristiwa dan sesuatu hubungan dikembangkan mengikut jalan cerita tersendiri. Maharaja Rom menghantar angkatannya ke negeri Mahawangsa atas tujuan perdagangan rempah. Namun, Panglima Lucius menganggap tunduk kepada izin seorang raja Melayu sebagai penghinaan. Ketika rakyat masih menantikan kedatangan saudagar, tentera Rom melancarkan serangan berdarah. Menyahut titah Raja Merong Mahawangsa, Bayu, panglima bertopeng kayu, berjaya merampas kembali Kota Gerbang. Namun, kemenangan itu mengundang kemunculan Cassius, panglima Rom yang jauh lebih kejam. Selepas membantai penduduk Kampung Sena, Cassius memperdaya Nara, peninjau kepercayaan Bayu, sehingga pasukan Mahawangsa terjerumus ke dalam perangkap. Kini, Cassius menghalakan serangannya ke Tinjau Barat, kubu terakhir yang melindungi laluan bekalan makanan dan ubat-ubatan dari pedalaman. Bayu berjanji mempertahankannya selama dua puluh hari. Namun, dengan hanya 1,427 pejuang menentang 50,000 tentera Rom, mampukah mereka bertahan? Pada hari pertama pengepungan, Bayu membunuh utusan Rom yang datang menawarkan penyerahan diri. Keputusan itu menjadikan perjuangannya bukan sekadar mempertahankan tanah air, tetapi juga mempertanggungjawabkan darah yang telah ditumpahkannya. - Kerana dalam peperangan, bukan semua kemenangan membawa kemuliaan. Dan bukan semua yang bergelar pahlawan pulang tanpa dosa. -


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

NovelPlus

4501 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience