“Lupakan perhubungan kita. Atau jika mungkin, anggaplah saya tidak pernah hadir dalam hidup awak. Jika awak tidak mampu lupakan saya sekarang, cubalah dan terus mencuba kerana saya juga akan melakukan perkara yang sama. Saya yakin suatu saat awak akan lupakan saya dan temui insan yang benar-benar tercipta untuk awak. Saya doakan awak akan bahagia. Saya akur pada takdir Tuhan yang selamanya saya akan tetap menjadi adik awak.” Tenang ucapan Maheera sebelum mula mengatur langkah untuk berlalu.
Update 06 December 2024