Completed
71272
Kisah perkenalan antara seorang kerabat diraja dan seorang bekas polis UTK. Tengku Mukriz atau Tengku Kriz seorang yang berdedikasi dalam tugasnya tetapi kerana mempunyai masalah sosial dan sering dilabel gay kerana selalu berkepit dengan pembantu peribadinya Haziq Amzar. Bagi menutup mulut orang dia mengupah seorang bekas polis UTK perempuan untuk menjadi bodyguard dan pembantu peribadi keduanya. TYARA ADLEENA merupakan bekas polis UTK dan jurulatih menembak dilantik oleh Tengku Mukriz untuk melindungi beliau. Sepanjang dijaga oleh Tyara Adleena hidup Tengku Mukriz tidak pernah aman.Ada sahaja perancangan Tyara Adleena buat Tengku Mukriz yang kurang bersosial.Tetapi Tengku Mahzura masuk campur dalam urusan hidup Tengku Mukriz untuk mencari calon isteri dalam tempoh enam bulan.Sekiranya tiada dia akan dijodohkan dengan pilihan hati Tengku Mahzura sendiri. Kerana buntu Haziq pembantu peribadinya mencadangkan Tengku Mukriz mengorat Tyara Adleena sebagai pilihan terakhir untuk menjadi isterinya. Tyara Adleena yang kasar dimatanya itu menyimpan kepahitan dalam hidupnya.Kematian dan penyesalan membuatkan Tyara Adleena redha. Mahu ke Tengku Mukriz mengorat Tyara Adleena yang kasar dimatanya itu? Dan mahu kah Tyara Adleena dengannya? "Awak mesej siapa tersenyum-senyum?"soal Tengku Mukriz. "Saya mesej lelaki"jawab Tyara Adleena. Tengku Mukriz panas hati. "Awak tahu kan sekarang waktu kerja?"soal Tengku Mukriz. "Sekarang baru pukul lapan Tengku, Waktu kerja saya dalam kontrak pukul lapan setengah pagi sampai enam petang"balas Tyara Adleena sambil tersenyum melihat telefon.
Update 06 December 2024