Series
71
Terbit setiap hari, pada jam 9.00 malam. "Be mine." Sebaris ayat mudah itu membuatkan Alina Sofea memandang jelik lelaki di hadapannya. Selepas dia dipaksa membayar hutang ayahnya yang sudah lama menghilangkan diri itu. Kini lelaki yang digelar Tuan Amir atau geng kongsi gelap terkenal ini mahu dia menjadi perempuannya. Alina Sofea terjebak menjadi Forensic Account untuk syarikat gelap milik Amir Tariq iaitu Silver Dragon Holding. Selesai kerja semua hutang ayahnya dikira langsai. "Kenapa saya? Kali ini atas ugutan apa pulak?" - Alina Sofea "Untuk kekal dilindungi dan untuk... keselamatan awak juga." - Amir Tariq. "Lelaki semua sama. Lepas dapat dia akan tinggalkan semua. Tak kisahlah peranan sebagai suami atau ayah pun." - Alina Sofea. Antara mereka bukan Amir Tariq yang berjiwa gelap. Tetapi, Alina Sofea. Wanita yang langsung tidak gerun dengan kumpulan ini. "Saya sediakan Perjanjian 92 Hari ni. Untuk kita." - Amir Tariq. Bagaimana mahu menyuluh sekeping hati yang sudah lama dalam kegelapan? Atau mungkin akan ada seseorang yang mahu masuk ke dalam hati yang gelap itu. Lalu, menjadi penghuni bersama dengannya?
Update 10 October 2026