Itulah nama lelaki yang telah menghancurkan hidupnya. Seluruh hidupnya musnah dalam sekelip mata. Memori terburuk itu tak kan pernah sesekali dia lupa. Kejahatan lelaki itu pasti dia akan balas suatu hari nanti. Hari ini lelaki itu boleh terlepas, tapi lain kali lelaki itu akan menerima pembalasannya.
Update 06 December 2024
2022-09-07
Hello babe!!!! best citer ni...wat la smbungan yer...plssss
2021-08-12
hi there! invite to come my novel "Bodyguard untuk Cik Tiara". tq dear :)
2021-03-28
Balik Jepun? Tak pernah langsung Renda terfikir, akan tiba saatnya lelaki itu melangkah pergi. Kembali ke daerah tercintanya. Ditutup gugup itu dengan kata-kata yang lain. "Kita pulang ya?" Ajak Renda. Airel menekan pedal minyak. Meluncur kembali mereka ke arah dari mana datangnya mereka sebentar tadi. ~~~~~~~~ "LAMBAT Renda balik malam tadi? Tak sempat akak nak bertegur sapa semalam, bila terlalu sibuk sangat dengan kerja. Baru petang ni dapat jumpa Renda." "Haah. Renda balik-balik sahaja, akak dah tidur." "Siapa yang hantar Renda balik? Selalu akak dengar bunyi kereta, nak menjengah tak larat pula." "Anak majikan tempat kerja Renda..." jelas Renda. Dan insan yang menjadi kesayangan Renda sekarang! sambungnya dalam hati. "Akak bukan nak memandai campur tangan hal Renda, akak nak ingatkan. Syurga kamu kini di bawah tapak kaki suami kamu, bukannya pada orang lain." Di bawah tapak kaki suami? Apalah gunanya sekiranya lelaki itulah yang memijak lumat harga dirinya, bagaimana boleh diletakkan syurga itu padanya? "Renda masih belum bodoh kak nak menilai yang mana betul, yang mana salah. Sekurang-kurangnya hati Renda tak sakit. Menghadap Ahmad Firasz, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya kesakitan yang diberi." luah Renda. Renda tahu, apa yang dilakukannya kini salah. Namun, dia tidak minta ditanamkan rasa sayang yang menjalar dalam diri buat Airel. Lelaki itu terlalu baik buatnya. Terlalu tulus untuk menerima cintanya. Dia tidak mahu hidupnya saban hari dihujani kisah derita. Derita yang dilampiaskan daripada sikap Ahmad Firasz yang menilai masa silamnya tanpa mengetahui keperitan yang dilalui. Hati lelaki itu terlalu keras untuk dicanai. Jadi, tidak perlu dia susah-susah perhambakan diri. Lalui hidup masing-masing selagi terdaya. Renda bergerak masuk ke biliknya. Pintu bilik dikunci dari dalam. Bukan niat hatinya nak bertingkah kata dengan Ria Farihan, tetapi antara adik dan adik ipar, sudah tentu darah dagingnya mengambil tempat pertama. Adik ipar yang tidak berapa menjadi. Bahagia itu pasti menjadi milik aku suatu hari nanti. Insya-Allah.