Series
795
Dua hari bernikah, Aryan dengan berani meninggalkan isteri demi cinta pertama. "Awak nak gantung saya tak bertali?"-Haira "Aku tak kempunan nak cari perempuan sampah macam kau walaupun kau masih isteri aku yang sah."-Aryan Dua tahun kemudian, ego Aryan tercabar apabila pembantu peribadi Faris langsung tidak memandangnya. Semakin PA itu menjauh, semakin gila Aryan merancang pelbagai cara untuk memilikinya. Sayangnya ketika kebenaran terbongkar, Aryan terduduk. Perempuan yang selama ini digilai dan dikejarnya rupanya isteri yang pernah ditinggalkan dulu. Penyesalan datang meragut seluruh jiwa dan raga ketika hukuman untuk Aryan bermula. Dia bukan sahaja kehilangan perempuan yang dicintainya buat kali kedua, tetapi sesuatu yang jauh lebih berharga daripada nyawanya sendiri. Kali ini, mungkin tiada lagi peluang untuk Aryan baiki kesilapan yang pernah dilakukannya.
Update 03 September 2026