Kiah Jezzabel menari zapin sambil menggosok baju di hadapan bilik air. Suaminya, Hans comel jambu mahu pergi kerja tidak lama lagi. Selepas masak ketupat berperisa kari, Kiah Jezzabel baru tersedar bahawa baju angkasawan suaminya itu belum digosok. Sebagai anak ketua kampung, Hans comel jambu perlu kelihatan segak sentiasa. Topi keledar gaya pelumba ternama juga telah disediakan di bawah tangga rumah mereka.
View All Chapters (Total 4 Chapter)
Update 26 August 2019