Series
2714
Cinta yang dipendam tujuh belas tahun lamanya. Apakah sebenarnya cintanya berbalas atau selamanya bertepuk sebelah tangan sahaja? Helena menangis sejurus masuk ke dalam kereta. Teringat akan perbualannya dengan lelaki itu sebentar tadi. Dia mengeluh. Setelah sekian lama tidak bersua, hati Helena melonjak gembira namun pandangan lelaki itu kepadanya dingin. Sedingin salju. Tanpa emosi. Tidak ada tanda-tanda bahawa lelaki itu gembira bertemu dengannya kembali. Helena masih lagi merintih sayu. Terlintas di fikiran Helena, andai suatu masa dulu dia memberanikan diri, adakah realiti hari ini akan semanis yang dimimpikan selama ini?
Update 29 September 2023