Completed
49330
Adam Mikail. Juara Formula 1 negara yang baru digelar Circuit Prince, Dengan publisiti yang meluas, berbekalkan wajah yang tampan, pantas Adam menjadi pujaan wanita, Tetapi Adam tidak bodoh, Adam boleh membezakan intan dengan kaca. Tetapi intan bagaikan tersorok jauh dari jangkauan Adam. Kehadiran Intan Delaila menggugat hati pria seorang Adam. Intan penulis tabloid gossip, Canang Bawang, tidak pernah menyangka hidupnya bakal berubah 360° Gara gara putera mahkota litar itu. Tujuan saya ialah untuk mencari gossip panas tentang Adam Mikail, "jujur Intan. " Saya akan beri semua rahsia Adam jika awak mahu menjadi Isteri Bayangan saya, "ujar Adam Mikail. Adam terpikat dengan kejujuran Intan, Intan pula asyik menjual mahal. Bagi Intan orang kaya semua poyo dan cuma tahu mengambil kesempatan. " Rumah kita dah di cagar kan untuk membuat pinjaman bagi membayar hutang ayah, "kata Encik Ilias. "Kalau rumah ini dilelong, dimana kita nak berteduh," sangkal Intan kepada ayahnya. Tak semua impian menjadi kenyataan, rumah yang memberi seribu makna kepada Intan terpaksa dilelong, Kini Intan perlu mencari tempat tinggal baru untuk adik adiknya yang masih kecil. 'Dimana kah Suami Bayanganku bila aku susah?' bisik hati Intan. Kehilangan Adam Mikail menjadi tanda tanya sehingga beberapa tahun. Kali ni kita singkap kisah dunia sukan permotoran pula. Jika terdapat kesilapan maafkan che da, lesen memandu pun che da takde ni. Che da terkesan dan mendapat Ilham selepas SIC tidak lagi mengajurkan Grand Prix formula 1. Jika anda suka tinggalkan lah sedikit kata kata semangat pada che da.
Update 06 December 2024