Hubungan tanpa ikatan yang sah selama 3 tahun di antara Zatul dan Daim akhirnya dimeterai dengan hanya satu lafaz, namun Zatul tinggalkan pada hari yang sama ikatan itu termeterai. Itulah kali terakhir dia melihat lelaki yang belum sampai 24 jam pun bergelar suaminya itu. Selepas sebulan suaminya menghilangkan diri, lelaki itu menghubungi dan mengajaknya untuk berjumpa. Ternyata perjumpaan itu hanya semata-mata untuk meleraikan ikatan sah mereka. Dia diceraikan tanpa alasan. Hatinya hancur remuk. Hampir dua tahun berlalu, namun kesakitannya masih terasa. Hatinya juga telah terkunci rapat untuk mana-mana lelaki. Ujian hatinya bermula saat Syamsul dan Faiq muncul di dalam hidupnya dan cuba untuk membuka kunci hatinya. Tidak lama selepas itu, bekas suaminya muncul semula dalam situasi yang tidak dijangka dan cuba untuk meraih cintanya semula. Persoalan yang membelenggu fikirannya selama ini, akhirnya terjawab. Adakah dia akan membuka kunci hatinya dan memberikan peluang kedua kepada lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dulu atau adakah salah seorang daripada lelaki yang baru muncul itu yang akan membuka kunci hatinya? Segala-galanya akan terjawab di dalam kisah ini. "Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila."- Zatul. "Abang bodoh sebab buat sayang macam tu dulu. Izinkan abang untuk tebus kesilapan abang, please." -Daim "Bagi saya peluang untuk bahagiakan awak." -Syamsul. "Aku mungkin bukan lelaki yang baik bagi kau, tapi aku boleh buat kau happy." -Faiq Aqwa
View All Chapters (Total 46 Chapter)
Update 31 July 2023
2024-01-04
Donated 400 nCoins
2024-01-04 1 Replies
Donated 200 nCoins
2024-01-04 1 Replies
Donated 200 nCoins