"Cuba kau tengok rama-rama yang berwarna-warni itu," kataku seraya terus merenung rerama yang masih setia menari-nari di bunga yang mengorak kelopak. Pandangan matanya terus dihalakan ke arah rerama itu. Kemudian, dia memandangku lagi. "Kenapa dengan rama-rama?" Soalnya hairan. Keningnya terangkat. Aku tersenyum. "Bagi aku, cinta itu laksana rama-rama," ujarku perlahan. Aku membetulkan posisiku. "Selalu berterbangan tatkala kita cuba mengejarnya. Tetapi, jika kita tidak mengejarnya dan hanya membiarkan sahaja, rama-rama itu pasti akan bebas berterbangan dan menghinggapi pada mana-mana bunga yang disukainya." Laju sahaja madah yang kucipta sendiri itu meluncur dibibirku. Dahinya berkerut memandangku. "Maksudnya?" Sudah kuduga soalannya itu.
Update 06 December 2024
2018-08-15
saya suka .. :)
2016-03-30
bahasa tue mmg i respect..mmg pnulis nie org yg berpljaran jgk ni...bnga2 bhsa..bkias2 lgi...anyway keep it up..tpi klo smbg smpai adam n hawa g u then krja and khwin lgi mnarik .dpt jdikn novel.
2016-03-25
ceritanye baru nak bermula..menarik juge penghayatanye..Cik zaman remaja..sayangnye pendek pula karangannye..best sy suka.