Series
8785
KERANA kecuaian inspektor Khalif Anaqi melakukan tugas sebagai pegawai polis ketika melakukan serbuan kes dadah di sempadan Malaysia-Thailand dia terhanyut dibawa arus sungai yang deras sehingga ditemui terdampar di sebuah kampung yang berhampiran sempadan Thailand. Tegas dan garang ketika melakukan tugas menyebabkan dia sangat dihormati oleh rakan sejawat nya. Deeja Ayana seorang gadis peranakan Thailand - Malaysia yang sangat polos dan jelita. Di kampung itu dia membesar bersama kasih sayang seorang ayah. "Saya kat mana ni ?." Khalif Anaqi "Sebuah perkampungan disempadan Thailand." Deeja Ayana detik pertemuan itu termeterai sebuah ikatan suci antara mereka. namun hidup tak selalunya bahagia bila rumah tangga mereka dibadai ombak senja. kasih yang baru tersemai terputus ditengah jalan bila Khalif kembali ke kampung halamannya. bila deeja menyusul Khalif kembali dia terpaksa menjadi maid dirumah suaminya sendiri akibat ingin menyembunyikan status perkahwinan mereka daripada semua orang atas permintaan suaminya itu. retak sekali lagi hati deeja bila Khalif berkahwin dengan gadis pilihan uminya. Deeja membawa diri pergi . "Lepaskan deeja bila abang dah tak perlukan deeja. izinkan deeja mencari kebahagiaan diluar sana." Deeja ayana "Jodoh itu ketentuan Illahi jauh mana pun kita berpisah kita akan bersama semula ." khalif Anaqi Mampukah mereka menyulam kebahagiaan bersama ?.
Update 06 December 2024