PENEMAN GHAIB "Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini" -Romantik Seram-

Ms K

Romance Series 4887
4.6
(13 ratings)

Synopsis

"Saya dah tak ada sesiapa kat sini.saya keseorangan" - MASTURA "Selagi aku ada,aku akan menemani kau.. untuk sementara atau untuk selamanya" - ANDI "Aku yang patut dapat semua harta tu!bukan kau!" - NIA LAGU TEMA - Shimmy Oleh Andi Bernadee - Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Mastura. Mastura adalah satu-satunya anak tunggal kepada Encik Ahmad. Mastura sudah satu tahun menamatkan pengajiannya di universiti. Namun, masih belum bekerja. Encik Ahmad memiliki syarikat yang besar. Dia tidak suka tinggal di bandar kerana baginya suasana di bandar sangat bising. Dia lebih suka tinggal di kawasan yang terpencil seperti di atas bukit. Isteri Encik Ahmad iaitu Puan Maimun telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Setelah kehilangan isterinya, Encik Ahmad mengahwini seorang janda beranak 1 iaitu Puan Aida dan anak perempuannya Nia. Mastura sangat menyayangi ibu dan adik tirinya. Namun, Mastura tidak tahu bahawa Puan Aida dan Nia hanya berpura pura baik terhadapnya. mereka melakukan itu kerana mereka mahukan harta bapanya sahaja. Konflik berlaku apabila teman lelaki Nia iaitu Izzat mula menyukai Mastura.Tambahan pula, Encik Ahmad mula mahu menyerahkan syarikat besarnya kepada Mastura. Nia membantah cadangannya itu kerana dia merasa dia lebih layak.. Setelah kematian Encik Ahmad dan Izzat. Puan Aida dan Nia mula menunjukkan sikap sebenar mereka kepada Mastura. Mereka berdua menyeksa Mastura dengan pelbagai cara. Satu hari, Mastura sudah merasa tidak tahan didera lalu dia lari masuk ke hutan tebal untuk menenangkan fikirannya. Sewaktu dia sedang bersendirian.. tiba-tiba muncul seorang lelaki yang ingin mendekatinya. SIAPAKAH LELAKI TERSEBUT?APAKAH KESUDAHANNYA? KALAU NAK TAHU..NANTIKAN SETERUSNYA...


Share this novel

Rate this story


Comments

Maria Ni
2022-07-23 

best????

aleyafarz
2020-11-21  1 Replies

best^^ jemput baca novel saya juga ya =)

Ms K
2020-03-16 

terima kasih :)

Ms K

18 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience