Completed
28878
Di satu sudut, kelihatan satu susuk wanita sedang menyeringai melihat dirinya menggelupur. "AAAAAA!!!!!" Dia pantas membuka mata. Peluh membasahi tubuhnya. Dadanya berombak. Tangannya meraba lehernya. Dia menarik nafas lega kerana tiada siapa pun yang mencekiknya. Dadanya masih berdegup kencang namun dia bersyukur kerana dia masih bernyawa. Dia lantas bangkit dan duduk di birai katil. "Nasib hanya mimpi" dia tertunduk dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Bibir disengetkan. "Zam.. Sampai hati awak buat saya begini!" dia mengangkat kepalanya, mencari arah suara tersebut. "Zam..... Saya tidak akan lepaskan awak. TIDAK AKAN!!"
Update 06 December 2024