Not Her Fault

LOVELIA

Romance Series 55064
5
(436 ratings)

Synopsis

L I L Y R O S E “The symbol of purity and refined beauty” ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? “Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.” Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? -Nuffaiq Wildan “Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.” Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. -Lilyrose Warda Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. “Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!” Sesalan yang dirasa sudah tidak berguna. “Kalau aku tahu dia orangnya, takkan aku cemarkan tangan aku buat pembedahan tu! Biar dia rasa apa yang Bella rasa dulu.” Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Dr Nuffaiq Wildan? Apabila ianya melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan. “Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!” Tak perlu tunggu waktu itu, Nuf. Sekarang pun Warda rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati! *** Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti... Bisakah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sampai jantung itu terhenti.. ~~~ LOVELIA NovelPlus START ~ 27 Mei 2020 STATUS ~ COMPLETED [UNPUBLISHED]


Share this novel

Rate this story


Comments

Ida_farmiza
2023-11-30 

omg..kenapa I baru jumpa novel ni..best gila ...rasa mcm baca novel dulu2 ..susunan jalan cerita yg baik, pengisian yg padat ..and paling I suka penulisan yg amat matang dr penulis..teruskan berkarya..you such a talented author I've ever meet..

Mawar Laharu
2022-10-18 

best la cerita ni...tolong update..

NUR NANA
2021-10-19 

Assalamualaikum hai dear. Maaf mengganggu, izin promote novel saya 'Cinta Kita' dan 'Bisikan Cinta'. Jangan lupa follow and Komen sekali ya, thank you support me love you support <3

LOVELIA

92 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience