Kerana kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya, Syazleen membuat keputusan untuk menerima cadangan ibunya yang merancang hendak mengahwinkannya dengan anak kepada rakan lamanya. Namun, ternyata calon menantu pilihan ibunya itu merupakan musuh barunya yang menyimpan dendam terhadapnya. Syazleen langsung menarik diri daripada meneruskan rancangan tersebut dan itu menambahkan lagi kemarahan musuh barunya itu. Lantaran itu, Ash Farrel, yakni musuh barunya itu melakukan cara yang tidak terduga dengan membuatkan Syazleen tiada pilihan dan terpaksa mengahwininya. Semua itu dia lakukan semata-mata untuk melepaskan kemarahan sekali gus untuk menundukkan wanita yang telah mencabar keegoannya itu. Tetapi, tidak semudah itu untuk dia menundukkan wanita yang telah bergelar isterinya itu. Penafian perasaan Ash Farrel terhadap Syazleen hari demi hari semakin terhakis, namun giliran Syazleen pula membalas seksaan batin terhadap suaminya. Dalam masa yang sama, pelbagai pihak muncul untuk menghancurkan hubungan mereka. Sampai bilakah rumah tangga mereka akan terus dilanda kedinginan? Adakah ikatan mereka akan berkekalan atau kecundang di tengah jalan? * * * "Finally, you dalam cengkaman I sekarang. You jangan fikir yang you dah jadi isteri I, I akan layan you selayaknya seorang isteri. I akan buat you menyesal sebab pernah merendahkan I." -Ash Farrel "So, you beria sangat nak kita kahwin sebab you nak seksa batin I lah ya? Well, kita tengok sejauh mana you mampu pertahankan ego you tu." -Syazleen WARNING BACAAN UNTUK DEWASA (Bahan bacaan anda, pilihan anda, tanggungjawab anda) Copyright: Novelplus 2024
View All Chapters (Total 40 Chapter)
Update 12 December 2024
2024-12-11
allahu semoga ada la sesiapa tolong syaz dari hairol tu
2024-12-09
Sebab cinta, orang baik boleh jadi jahat. Entah apalah yg si Hairol tu nk buat. Dah orang tak sudi, nk paksa juga. Get back ajelah dengan Ash tu Syaz. Masih sayang jugakan.
2024-12-09
risau betul hairol x terima syaz menolak cintanya untuk perangkap syaz menjadi miliknya