Yb cinta

Cikpa

Romance Series 2799
5
(1 ratings)

Synopsis

Hidup dalam keluarga yang kuat politik memang sukar. Semua benda dia nak politikkan. Kicap tukar jenama di salahkan politik. Sampai nak cari jodoh si anak pun kena berkait dengan politik. Mawar Zahara. Dia memang tak suka hal berkaitan dengan politik. Tak kiralah kalau dia mengundi sekalipun itupun kerana desakan ayahnya. Menyesal juga dia menunjukkan minat ke arah politik masa form 5. Syed Syahrid. Kehidupan sebagai ahli politik bukan mudah. Tambahan lagi kawasannya bertanding menang dalam PRU 15. Makin sibuk dia memikirkan hal rakyat. Sampai nak cari jodoh pun tak sempat nak menjengah. Namun pertemuan tidak sengaja dengan seorang gadis buat Syahrid tak keruan. Dalam ramai ramai gadis yang bersorak semasa dia turun padang hanya seorang sahaja dia lihat dengan muka selamba memandangnya. Bila berjaya berkahwin Mawar dan Syahrid bagai musuh. Mawar rimas dengan si YB. Syahrid pula buntu. Semua benda dia buat tidak kena. Puas juga mengurat. Satu pun tak kena Namun Syahrid tersedar satu perkara. Mawar tak sepatutnya dilayan macam rakyat. Gadis itu isterinya. Bidadarinya. "Awak cakap awak takkan suka saya?" Syed Syahrid " Saya cakap takkan je. Ada saya berjanji yang saya takkan suka awak ke?" Mawar Zahara.


Share this novel

Rate this story


Comments

zarazara79
2020-04-07 

sambung lg

Cikpa

5 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience