Dia sentiasa muncul setiap kali ada masalah yang menimpa, dia sentiasa ada menggengam erat setiap kali kau rasa mahu jatuh, dia sentiasa menghiburkan disaat hari kau suram. Dia sentiasa ada untuk bantu kau selesaikan masalah. Sungguh akrab. Dialah kawan, dialah lawan, dialah kakak, dialah ibu, dialah sahabat. Malangnya, dia juga cinta pertama sang suami. Dia tahu yang perkahwinan itu terbina bukan atas dasar cinta seperti yang dirancang pada mulanya. Perkahwinan yang terjadi hanya kerana ingin menutup aib kedua belah pihak. Perkahwinan yang hanya atas dasar amanah yang diberikan kepada lelaki yang kini digelar suaminya itu daripada tunangnya yang menghilang pada hari pernikahan mereka. Mana mungkin lelaki yang dahulunya membencinya tiba-tiba sahaja berkahwin dengannya. ***** "Just wanna say I love you and please don't leave me." ~ Leesa. "Saya akan cinta dan sayang awak sampai bila-bila."~ Aiman. "Kalau bukan sebab aku sayang kau, aku takkan senang-senang buat semua ni lah." ~ Khalees. "Aku reda. Mungkin kita memang tak ditakdirkan untuk berjodoh." ~Malaiqa.
Update 06 December 2024
2021-03-02
sedihnya...
2021-01-17
best sgt cite ni.. Congrats author