Cerita tentang jejawi tua itu lebih hebat daripada geguling, wanita tua berwajah hodoh, bebola api atau pocong. Semua orang tahu tentang cerita jejawi tua sekalipun mereka tidak pernah melihat rupa sebenar puaka di pohon tua berjerumbai itu. Tiada sesiapa pun yang boleh menafi kan kewujudan puaka di jejawi tua tersebut. Malah, Tok Imam Tua dan Tok Ngah Darus juga tidak pernah menafikan pokok itu memang berhantu dan berpuaka. Cuma yang agak aneh ialah mengapa Angah Soyah berani benar menghampiri pokok tersebut. Bukan sahaja menghampiri, bahkan memanjat sampai ke ranting-rantingnya memasang getah burung. Bukan sekali dua orang kampung melihat Angah Soyah yang berbadan busuk itu di atas pokok tersebut. Namun tidak seorang pun yang berani menegurnya.
View All Chapters (Total 22 Chapters)
Update 07 March 2018
2016-04-21
xpayah baca buat skit hati ja..puihhh