Isteri Simpanan CEO

NovelPlus

Romance Series 14192
0
(0 ratings)

Synopsis

Terbit setiap hari pada jam 12.00 tengah hari. “Umi… jodohkanlah Reena dengan orang kaya tujuh keturunan yang duitnya tak habis-habis. Reena penatlah hidup susah.” – Ereena Mencari pekerjaan adalah satu perkara yang sangat memenatkan. Dia mahu jadi kaya atas usaha dirinya sendiri. Ya, Ereena anti-nepotisme. Dan, akhirnya dia berjaya mendapat panggilan temuduga di syarikat idamannya yang telah mengubah hidupnya hanya kerana dia sibuk mahu mendengar pergaduhan orang. “Jadi girlfriend saya yang sebenar…” - Mior Eidries “Tuan… tuan ni ambil barang ke?” – Ereena “Awak kena bertanggungjawab,” sambung Mior Eidries sambil meneguk air kopinya. Ereena terus buat muka bersalah. “Tuan… saya bukan mengandungkan tuan pun.” Mior Eidries hampir tersembur kopinya. Ternyata takdir yang membawanya ke syarikat itu telah mengubah hidupnya lebih lagi abahnya diserang sakit jantung dan memerlukan kos yang tinggi. Hanya satu jalan yang dia nampak iaitu menjadi kekasih kepada CEO baru di tempat kerjanya. “Kita akan rahsiakan, kan?” – Ereena “Terpulang. Tengok pada keadaan. Lagipun, atuk saya memang sukakan awak. Cuma buat masa ni untuk kebaikan semua. Saya simpan awak dulu.” – Mior Eidries Ketika satu syarikat sedang bercerita tentang CEO mereka, Ereena hanya mendiamkan diri dan tertawa sendiri kerana lelaki yang mereka puja adalah kepunyaannya kerana dia sudah pun menjadi isteri simpanan CEO.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

NovelPlus

3838 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience