Antara kita Masih Ada Akad

Syaa wincci

Romance Series 984
0
(0 ratings)

Synopsis

Empat tahun. Itulah tempoh perjanjian yang mengikat mereka sebagai suami isteri tanpa cinta, tanpa janji, hanya pakatan dingin demi memenuhi kehendak keluarga. Dua bulan selepas akad, Kayla dan Haikal membawa haluan masing-masing. Tiada rumah yang dikongsi, tiada panggilan rindu, hanya satu status yang kekal dalam dokumen rasmi ‘suami isteri’ atas kertas. Tiga tahun kemudian, Kayla sudah jauh melangkah. Berada di puncak kerjaya sebagai trend analyst di New York, dia tidak pernah menoleh ke belakang. Tapi dunia ini aneh, luas tapi sempit, dan takdir tak pernah kehabisan cara untuk menyusun kejutan. Pertemuan mereka semula bukan di tanah air. Tapi di lapangan terbang asing, dalam pesawat yang sama… duduk sebelah menyebelah. Haikal Danish, lelaki yang pernah menggores hatinya, kini muncul kembali sebagai seseorang yang lebih tenang, lebih berkarisma dan lebih berbahaya buat hatinya. Tapi Kayla bukan lagi gadis yang sama. Mereka masih sah suami isteri. Tapi apabila langit berubah, hati yang beku mungkin juga goyah. Adakah ini pertemuan terakhir mereka? Atau takdir sebenarnya sedang membuka semula pintu yang tak pernah benar-benar tertutup?


Share this novel

Rate this story


Comments

Dewie Dewie
2025-08-11 

makin soronok pula nak baca..

norsiah
2025-08-09 

karya SW best......x jemu baca....

Nurul Dee
2025-08-06  1 Replies

Suka cerita Shaa. Semua cerita Shaa saya dh baca. Semua menarik.

Syaa wincci

445 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience