'Dia sayang tapi dia ego' Airis Natasha, wanita bekerjaya yang punya kisah dongeng sendiri. Begitu indah mencipta angan-angan, namun sekelip mata pelamin angannya musnah! Bukan kerana orang ketiga, tetapi dek egonya sendiri. Kayden Ibrahim. Dia hadir membawa duka. Namun dalam duka, dia bagi bahagia. Dan dalam bahagia, ada jiwa yang mula meronta. Namun hati tetap mencintai sang isteri yang egonya meninggi. Kisah cinta dan perkahwinan. Kisah darjat dan kedudukan. Kisah suka dan duka. Dan kisah sebuah kebahagiaan diselimuti keegoan. Kayden Ibrahim dan Airis Natasha disatukan dalam perkahwinan penuh gah namun ada perasaan dan jiwa yang terluka. Masing-masing menyimpan rahsia. Masing-masing membawa ego. Kala cinta mula bersemi, mampukah ego melangkah pergi?
Update 11 August 2025
2025-08-12
nasib kayden x ambil hati di atas tuduhan tasha..bagus berterus terang ..so tasha lenkali jgn main..tuduh ya
2025-08-11
amboi KO Kayden mentang2 dah dapat green light ke situ aje tempat KO tuju ye...haiihh cepatlah mummy dapat cucu ni..eh2 korang anak-beranak bukan main lagi nak yg tu..nak yg ini...mcm jualan shoppe ye KO buat si Kayden tu...
2025-08-08 1 Replies
lahai bersemut tepon ai ni weiiiii...hahaha...siaplah korang lepas ni....tak sabar nak tgk apa akan jadi...hohoho