"Terdorong kaki badan merasa, terdorong lidah emas padahnya." Nara tekad melakukan perompakan demi menegakkan keadilan. Dia dan Bonang sudah tidak tahan melihat golongan kaya menindas orang-orang miskin seperti mereka. Nara sudah tidak peduli soal hidup atau mati, asalkan tujuannya tercapai. Bonang yang pengecut juga terpaksa turut menemani demi saudara sehidup sematinya itu. Mereka menongkah arus, menentang sistem darjat yang wujud dalam masyarakat. Namun matlamat tidak menghalalkan cara mereka. Najis tidak akan tertutup oleh bangkai. Takdir kemudian mempertemukan Nara dengan Laila dalam peristiwa yang hampir meragut nyawanya. Selain ingin mendapatkan cintanya, Nara juga cuba merebut peluang untuk mewujudkan impiannya menerusi perkenalannya dengan Laila.
Update 19 May 2025
2025-07-14 2 Replies
hai Fahmi bile ye nak sambung cerita ni...best syg kalo tergantung mcm ni
2025-05-18
nasib baik xde apa2 jd kat Nara..hish bonang ni...penakut betul la
2025-05-16
layan sungguh cerita kali ni..lain dr yg lain..