Series
1350
Bunga Naura sudah penat hidup di negara orang. Bila atuk cadangkan dia kahwin dengan cucu kenalan lama, Bunga terus setuju kahwin dengan syarat dia tidak mahu jumpa dan kenal lelaki itu. Dia merasakan semua lelaki kaya membosankan dan tidak mencabar. "Berani betul cucu kawan tokpa tu. Dia gila ke sampaikan sanggup kahwin walaupun tak kenal" -Fiqar. Segalanya nampak mudah dan tenang bila mereka menjadi pasangan jarak jauh selepas nikah. Sayangnya, bila Bunga nekad pulang awal untuk buat kejutan kepada suami yang jauh di mata lain pula jadinya. Lelaki yang dia serbu dalam rumah itu mengaku bujang dan menafikan Bunga bukan isterinya. “You ni siapa? I tak pernah kahwin" - Faqar. Bunga tidak mahu mengalah. Dia nekad mahu memaksa lelaki itu mengaku dia isterinya. "HAVE A NICE DAY, kalau tak nice...PAKSA!!" - Bunga
Update 12 May 2026