Ivy Aurora, seorang model yang namanya semakin meniti di bibir peminat, merupakan gadis cantik berperwatakan ceria dan penuh pesona. Di sebalik dunia glamor yang dikecapinya, dia masih menjejakkan kaki ke kolej sebagai pelajar tahun akhir—berusaha mengimbangi impiannya dengan tanggungjawab akademik. Tanpa pengetahuannya, keluarganya telah merancang satu pertemuan dengan seorang jejaka yang kelihatan cukup sempurna di mata mereka. Pada awalnya, setiap pertemuan antara Ivy dan jejaka itu dipenuhi sindiran halus yang berbalas tawa—namun tanpa sedar, perasaan manis mula berputik dalam hati masing-masing. Pertemuan demi pertemuan yang diatur rapi akhirnya membawa mereka ke gerbang perkahwinan, yang disemai dengan kasih sayang dan pengertian. Namun, kebahagiaan yang baru dikecapi itu mula diuji apabila muncul seorang individu yang berniat merosakkan keharmonian rumah tangga mereka. --- Jayden Zulfan, seorang ahli perniagaan muda yang berjaya dan disegani dalam dunia korporat, memilih untuk menyembunyikan identiti sebenar dirinya. Dia berpura-pura menjadi lelaki biasa — bukan CEO, bukan pewaris empayar — semata-mata untuk meraih hati gadis yang telah mencuri perhatiannya dari jauh. Namun, dunia perniagaan yang diceburinya bukanlah sekadar tempat membina impian—ia juga dipenuhi dengan musuh dalam selimut. Malangnya, antara yang berusaha menjatuhkannya termasuklah pakciknya sendiri. Jayden hanya punya satu kelemahan — wanita yang telah berjaya membuka pintu hatinya. Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan kejujuran, apabila diuji dengan iri hati, pengkhianatan, dan tipu daya mereka yang tidak mahu melihat mereka bahagia?
Update 20 June 2025
2025-07-11 1 Replies
thanks update author teruskan berkarya
2025-06-10
hai! boleh saja.. ?
2025-06-09
hai! sorry kacau! kalau sudi, boleh singgah acc saya dan baca novel terbaru saya, Her Stalker.