Series
15362
Alya sudah lebih setahun menamatkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan namun masih belum mendapat pekerjaan tetap. Tekanan demi tekanan mula menghimpit hidupnya, lebih-lebih lagi apabila tunangnya, Imran, seorang guru, membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka. Bagi Imran, perkahwinan bukan sekadar cinta. Dia mahukan pasangan yang mampu berkongsi komitmen kewangan secara 50-50, mudah untuk membuat pinjaman bersama dan membina masa depan yang stabil. Hati Alya remuk. Dalam keadaan kecewa, dia meluahkan segalanya kepada sahabat baiknya, Julia. Dalam nada bergurau, Julia mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal, berkahwin sahaja dengan sepupunya, Zafran, seorang pengusaha lemang di kampung mereka. Cadangan Julia, dia tolak mentah-mentah. Dia sendiri tidak bekerja, Zafran pula cuma pengusaha lemang yang pendapatannya tidak tetap. Bagaimana mahu bertahan hidup dalam sebuah perkahwinan? Namun mengingat Imran bakal berkahwin dalam masa terdekat, satu keputusan nekad diambil. Dia tidak mahu terus dipandang gagal. Dia juga tidak mahu menjadi bahan simpati. Lalu Alya tebalkan muka dan pergi menemui Zafran. Tanpa berselindung, dia melamar lelaki itu untuk berkahwin dengannya. Mas kahwin? Seikhlas hati. Zafran terkejut. Tetapi di sebalik wajah tenangnya, dia masih menyimpan sakit hati kerana pernah ditolak dan dipandang rendah oleh Alya suatu ketika dahulu. Akhirnya Zafran bersetuju. Namun dengan beberapa syarat. "Lepas kahwin, aku nak kau kerja dengan aku. Kat rumah, aku suami. Kat gerai, aku bos kau, panggil aku tauke." -Zafran- "Sebab aku nak legasi lemang aku ni berterusan sampai anak cucu cicit piut piun, aku nak anak 15 orang." Gila! Syarat pertama dia boleh terima. Syarat kedua? Memang Zafran kurang siuman! Alya hampir menolak, namun kerana tidak mahu kehilangan ego jika Imran berkahwin terlebih dahulu, dia bersetuju dengan syarat itu. "Deal!"
Update 04 April 2026