Nora percaya pada cinta. Percaya dengan lelaki bernama Amzar. Amzar pula berjanji sehidup semati dan susah senang bersama. Perkahwinan mereka atas dasar suka sama suka. Amzar menggunakan tiket berkahwin mahu membantu seorang perempuan bernama April. Alasan Amzar mudah. "Abang cuma jadi cina buta untuk seminggu."-Amzar. Apa ertinya perkahwinan bila janji boleh dibeli dengan simpati pada wanita lain? Apa gunanya setia jika cinta boleh diberi sana sini semudah itu diluar sana? April merupakan satu pengalaman bererti untuk Amzar curang lagi. Amzar mula lebih berani bermain dengan perasaan Nora. "Saya tak minta dilayan seperti ratu. Cukuplah dihormati sebagai isteri."-Nora Segala kesabaran yang dikumpul mula pecah berkecai dari hari ke hari. Isteri Tanpa Nilai satu kisah isteri yang setia dan bukan perempuan simpanan yang menanti simpati. Bila suami sendiri bermain cinta atas nama tolong dan kasihan telah buatkan Nora sedar cinta tanpa rasa hormat dalam hubungan cuma jalan ke neraka. ©️ Novelplus
Update 20 June 2025
2025-05-24
Afeq masih tak halau mangkuk anak beranak tu dr rumah dia ke?
2025-05-21 1 Replies
Slow sgt Nora ni. Tak geli ke dgn suami mcm tu.
2025-05-18
Dah Yuna plk. Mak Amzar ni nak hidup sampai bila ya? dah mcm mak ayam plk gayanya..haha.