Sebagai anak orang kaya yang membesar dalam kemewahan, Rizal bersikap sombong dan suka berfoya-foya. Walaupun telah menamatkan pengajiannya, namun Rizal masih tidak ingin bekerja kerana sudah terbiasa hidup bersenang lenang, dilimpahi wang emas. Namun, demi mewarisi legasi empayar perniagaan bapanya, Rizal cuba menyahut cabaran yang diberikan oleh Tan Sri Hanafi kepadanya. Segala kepayahan yang dilalui oleh Rizal sebenarnya dirancang oleh bapanya sendiri untuk membentuk keperibadian Rizal. Dalam menempuhi kepayahan, Rizal berkenalan pula dengan seorang gadis yang bernama Amira. Amira sebagai gadis kampung yang polos turut mengalami kesukaran ditempat kerjanya. Sikap Amira yang lemah lembut pula mula menarik minat Rizal terhadapnya. Tanpa disedari, hubungan mereka menjadi semakin rapat malah Rizal dan Amira mula bergantung kepada satu sama lain untuk menempuhi hidup mereka.
View All Chapters (Total 23 Chapter)
Update 05 February 2025
2025-02-05 1 Replies
Hari ni ada update tak....
2025-02-04 1 Replies
X baik tau author buat kita org mcm ni..time ii tu lah ibu si mira ni nk terjerit ii panggil mira kannnn..huhu
2025-02-04 1 Replies
x baik author buat kitorg mcm ni... mcm nk cekik semua org huhu