Series
183
Terbit setiap hari, pada jam 5.00 petang. Tiara pulang ke Malaysia dengan satu tujuan, mencari kebenaran di sebalik kematian ibunya dan sebab ayah kandungnya langsung tidak pernah mencarinya selama sepuluh tahun. Sebaik tiba di tanah air, Tiara diburu oleh individu tidak dikenali sehingga dia terpaksa menyembunyikan identitinya dan berlindung di sebuah hotel murah. Dalam hidup yang serba berhati-hati itu, Tiara tak pernah menyangka dia akan menemukan seorang lelaki cedera parah di hadapan biliknya. “Please…help me…” – Darris Rayden Tiara menyelamatkan lelaki itu tanpa mengetahui siapa dirinya. Sebagai balasan, Darris menawarkan bantuan untuk membalas jasanya. Namun bagi Tiara, dia cuma mahu pulang ke rumah lamanya dan mencari jawapan tentang masa silamnya. “Kalau you betul nak balas jasa I, pastikan I dapat pulang dengan selamat. Itu saja.” – Tiara “Are you sure that’s the only thing you want from me?” – Darris Rayden Malangnya, kepulangan Tiara langsung tidak disenangi. “Macam mana budak kampung tu boleh muncul balik? Malang betul dia tak mati sekali dengan perempuan tak guna tu.” – Datin Safia Ketika Tiara mula bermain dengan permainan keluarganya sendiri, sekali lagi Darris menghulurkan tangan. “You tahu tak… sepanjang hidup I, tak pernah ada sesiapa yang menolak apa-apa tawaran daripada I. So, you betul-betul yakin tak perlukan bantuan lain daripada I?” – Darris “Kalau you rasa bantuan you masih tak cukup untuk membalas jasa I sebab dah selamatkan you… then offer yourself to me.” -Tiara Satu tawaran. Satu perkahwinan yang tak pernah dirancang. Dan satu perasaan yang perlahan-lahan mula mengubah segalanya sebelum kebenaran terbongkar!
Update 21 May 2026