CODE NAME: RYZEN

Angel_k20

Romance Series 4501
5
(7 ratings)

Synopsis

RYZEN - Harraz Zayne, kerana kepintarannya dalam menyelesaikan kes jenayah berkolar putih, kali ini dia dihantar ke kawasan pedalaman untuk menyiasat kes pengambilan, penyeludupan dan penularan dadah dalam kalangan penduduk kampung. Pengalaman baru, kata pihak atasannya. Dia, Cikgu Harraz si guru 'hot stuff Mr. Cool' terpaksa akur. SHAURIN - Shafa Raisha, kerana keramahan dalam kedinginan serta kebijaksanaannya dalam mengorek rahsia sampailah ke akar umbi, dia dihantar untuk membantu Ryzen bagi mencari maklumat penting bagi kes yang diamanahkan. Bertukar angin, kata ketua jabatannya. Dia, si mak cik kantin 'Mak cik Aisberg' terpaksa tunduk. "Mak cik, aku mahu mati." - Ryzen. "Milo ais untuk cikgu." - Shaurin. Detik berganti minit, minit berganti jam. Jam berganti hari, hari berganti minggu. Sedar tidak sedar, mereka berdua sudah bekerjasama melebihi seminggu. "Kita tak ada kemajuan." - Ryzen. "Ini semua salah kau." - Shaurin. Kenapa? Persoalan tersebut sentiasa menjadi tanda tanya. Dengan kemunculan tiba-tiba Tauke Cincau iaitu broker tanah di hujung kampung seberang, mereka berdua bertambah bengang. Kawan atau lawan? Entahlah, si botak bermisai lentik tersebut sangatlah sukar untuk didekati. "Ada yang cuba menjadi langau?" - Tauke Cincau. "Langau tak mandi, Tauke." - Sohok. Ryzen dan Shaurin, kedua-duanya dalam kebingungan. Apa mahu jadi pada penduduk kampung tersebut? Ketum dan tuak masam menjadi minuman, ibu bapa terserong anak terkehel. Patut sahaja pihak polis menandai kampung tersebut sebagai 'dark spot'. "Menurut perintah, Tuan!" - Ryzen dan Shaurin. 10 hari, masa yang dihitung berdetik laju. Berjayakah Ryzen dan Shaurin menutup kes tersebut dalam masa yang ditargetkan? TAJUK: CODE NAME: RYZEN PENULIS: ANGEL_K20 GENRE: ACTION ROMANCE COMEDY Cover: @Bunnyaf


Share this novel

Rate this story


Comments

Ice Queen
2021-03-10 

Follow back?

aleyafarz
2021-02-23  1 Replies

Hye.. nice story.. keep updating ya

FelixCatus
2021-02-15  1 Replies

nice. good luck

Angel_k20

54 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience