Siapa Aku? Apa! Kerabat Diraja?

Aii Frost

Family Completed 2179
5
(3 ratings)

Synopsis

Mengisahkan seorang gadis muda berumur 16 tahun yang terpaksa melalui pelbagai cabaran dan rintangan dalam kehidupan tanpa kedua ibu bapa kandungnya demi menggapai sebuah kebahagian. Mampukah gadis ini melalui cabaran dan rintangan dalam hidupnya? "Sebenarnya umi sama abi you telah terlibat didalam satu kemalangan jalan raya semasa mereka dalam perjalanan ingin pulang ke rumah" "Allahuakhbar!" Lemah longlai lututnya menyebabkan dia terduduk setelah mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Encik Young. "Jangan kacau akulah! Aku tak kacau korang, kan? Pergilah main jauh-jauh! Banyak lagi perkara yang aku nak kena fikir ni! Tolonglah!" Ujar Aiwaa sangat tegas serta tangannya pantas menepis tangan lelaki tersebut. "Woah! Woah! Kasarnya adik comel kita ni. Kalau adik nak tahu lagi adik kasar lagi abang suka" Lelaki itu membuat muka nakal sambil melihat Aiwaa dari atas sampai ke bawah. "Kau kena kuat Aiwaa! Kau mampu dan kuat untuk menghadapinya, kau tak boleh lemah macam ni. Allah takkan uji kau kalau kau tak mampu. Ingat tu" Ujar Aiwaa dengan semangat. Ya. Dia kena kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Takdir Allah lebih indah daripada apa yang kita harapkan. Cuma kita sahaja belum menemui hikmah-Nya. Sabar dan terus bersabar kerana Allah pasti akan menggantikannya dengan kebahagiaan yang tidak pernah kita bayangkan. Belajar yakin bahawa takdir Allah itu terbaik buat hamba-Nya.


Share this novel

Rate this story


Comments

Alieeya Ahmad
2022-11-17 

Cerita terbaik penuh fantasi

Aii Frost

3 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience