Mengisahkan tentang seorang gadis berusia 29 tahun yang bernama Nur Raisha Adilah yang bekerja sebagai hakim di mahkamah negeri Johor. Sebaik pulang ke rumah keluarganya di Ledang Height di Johor Bahru. Kawan rapat Puan Wahidah dan Tuan Sharif mengadakan majlis bacaan yasin disitu dia berkenalan dengan kawan rapat Umi dan AbiNya. Raisha tidak tahu yang Puan Wahidah, Tuan Sharif dan rakannya Tuan Hilmi , ingin menyatukan Raisha dan anakNya iaitu Rayyan, Rayyan seorang askar tentera udara berpangkat kapten. Mereka berempat memikirkan cara untuk menyatukan Raisha dan Rayyan. Tetapi Ibu bapa Raisha dan Rayyan tidak tahu mereka berdua kerap berjumpa sehingga menjadi kawan baik. Pada suatu hari Rayyan mendapat satu misi untuk melindungi negaranya daripada serangan pihak musuh.Selepas kejadian ini berlaku tiada berita yang menyatakan Rayyan masih hidup mahupun sudah meninggal dunia. Apakah yang terjadi pada Rayyan ? Adakah Rayyan dan Raisha akan bertemu semula?
Update 06 December 2024
2024-03-14
Donated 1600 nCoins - y
2024-03-14
Donated 3000 nCoins
2023-03-01
kna follow balik semula