Kau berjaya menambat seluruh jiwaku yang selama ini cuba dimiliki oleh Encik Izzat. Tanpa disedari, aku berdiri disisimu dengan penuh harapan mendamba secebis kasih. Bayu lembut membisikkan nada kesabaran kerana suatu hari nanti kau pasti terjaga dan tahu kehadiran insan yang menyintaimu. Saat yang ditunggu tidak menjelma tetapi ditimpa pula ujian. Hatiku sering berkira-kira haruslah perasaan ini diteruskan atau biar sahaja ia berlalu. Seseorang telah cuba merampas rasa kasihku untukmu. Aku tidak mampu menghalang kerana dia adalah ADIKKU. Dia teramat menyayangimu Raffiq! Kita mungkin dipertemukan atas nama sahabat bukan kekasih. Biar kusimpan rahsia hati untuk tatapan sendiri. Hujan renyai turun membahasi bumi. Begitu juga hati ini yang dilanda kesedihan . Aku dengan rela melepaskan kau demi Salina.
View All Chapters (Total 9 Chapter)
Update 07 March 2018
2020-12-19
Izzat.. Jejaka idaman. Baiknya kau
2020-11-17
bestt
2018-01-12
best. tp ringkas je..