MIMPIKU HANYA DIA

Cik Nurin

Romance Series 150674
5
(2970 ratings)

Synopsis

Disebabkan dua kemalangan yang berlaku pada waktu yang sama, dia selalu dibayangi mimpi seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya. Apa sebenarnya yang terjadi selepas insiden kemalangan jalan raya itu? Kenapa mimpinya selalu muncul wajah seorang gadis asing? Siapakah dia? Dan kenapa hanya gadis itu yang hadir dalam mimpinya? Dia adalah seorang perempuan yang berasal dari kampung dan tinggal bersama keluarganya. Sampailah pada suatu ketika, dia dipinang oleh seorang lelaki, anak kepada ketua kampung, yang baru saja pulang dari luar negara. Mereka berdua tidak pernah saling mengenali, hanya pernah bersua sekali dua, tanpa terlintas di benaknya bahawa lelaki itu bakal menjadi suaminya. Demi menjaga nama baik kedua belah keluarga, dia akhirnya dengan rela hati menerima pinangan lelaki itu. Namun, kita hanya mampu merancang sebuah hubungan, tanpa tahu apa yang bakal terjadi. Segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan, hanya menunggu tarikh yang telah ditetapkan untuk menghalalkan ikatan suci itu. Tetapi, kerana sifat dengki dan iri hati seseorang, mereka semua akhirnya diuji dengan sebuah kehilangan yang amat besar. Apa yang bakal terjadi, tetap akan terjadi. Kita hanya mampu menerima dengan hati terbuka, sama ada ikhlas atau redha dengan takdir yang sudah tertulis untuk kita. _Mimpiku Hanya Dia_


Share this novel

Rate this story


Comments

Yazmin ayuna
2025-01-15 

nsib deya lh dpt adik pdengki mcm dahlia tu

Mia Zara
2025-01-14 

tq update

Mia Zara
2025-01-08 

next episode

Cik Nurin

1016 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience