Mr Dark Night

syahdu olva

Family Series 47340
5
(120 ratings)

Synopsis

Bukan satu, bukan dua tetapi sepuluh orang calon bakal suami buat Adania telah ditolak. Bermula dengan jejaka berwajah kacak bukanlah tiket mudah untuk memperisterikan Adania sekiranya poket nipis. Apabila muncul poket kencang pula bukan menjadi fast track sekiranya badan pula terlebih ukuran bersaiz xxxl. Datang pula berbadan kurus, berwajah tenang dan pakej akaun bank berganda-ganda angkanya, tujuh keturunan makan tidak habis tetapi apabila terjadinya pergaduhan sesama bakal besan, tetap tidak menjadi. Orang bandar datang tidak menjadi, bawa orang kampung juga larikan diri. Pilihan-pilihan emaknya juga tidak boleh dibuat suami. “Berat betul jodoh kau, Nia..." Bagi Adania, sekiranya takdirnya tertulis dia pemegang title anak dara tua, dia redha cuma masih belum berputus harap. Seperti mana dia telah menjalinkan hubungan cinta dengan Haris ketika di zaman universiti yang merupakan cinta pertamanya mendapat tentangan oleh emaknya dan cinta mereka berputik sekali lagi setelah sekian tahun berpisah telah bertemu semula dan menyambung harapan berkasih mereka berdua. Pada ketika majlis pertunangan berlangsung, kerana mulut emaknya yang telah mencelah jurucakap dan meminta wang hantaran sebanyak Rm50K, majlis pertunangan terhenti di tengah jalan dan keluarga lelaki mengangkat kaki. “Mak awak tu seorang mak yang mempergunakan anak untuk capai apa yg dia nak. Dia takut nak kahwinkan awak sebab dia takut punca pendapatan kehidupan mewah dia hilang. Itulah mak awak. Tak akan ada seorang lelaki pun yang boleh tahan bermenantukan mak mentua seperti mak awak!" -Haris- Adania terima kenyataan Haris lemparkan terhadap emaknya. Dia terima semua buruk baik emaknya kerana dia dilahirkan daripada rahim emaknya juga. “Eh, Nia... ada sorang kat luar tu boleh buat jodoh.” Adila, Azalia dan Adania, tiga beradik perempuan memandang Khaf Adam sibuk membuntuti serta membantu ayah mereka di luar rumah. “Mr. dark night tu kalau jadi suami kau, fuhhh!! Apa agaknya reaksi mak?” Biarpun perbezaan warna kulit, hati Khaf Adam dan Adania tetap bersatu cukup berwalikan ayah kandungnya sahaja dan tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain. Pulangnya Adania ke kampung hanya dengan satu misi. Tekadkah dia jayakan misi itu atau tersungkur kalah? “Sayang sangka sayang boleh telan semua kata-kata orang. Sayang tak mampu. Pedih hati ni bila dengar sindiran mak pada abang. Sakit mata ni tengok reaksi mereka pandang abang. Apa kurangnya abang? Apa lebihnya lelaki di luar sana? Abang lebih baik daripada semua lelaki yang sayang pernah kenal. Tak sepatutnya mereka diskriminasikan warna kulit abang. Sayang benci!!! Kesabaran sayang tak sehebat abang. Keikhlasan sayang dah hilang sejak mak cakap dia tak akan terima abang sampai dia mati." -Adania- Bagi Khaf Adam, apa yang terhambur dan terjadi selama dia bertandang di kampung Adania, dia terima dengan hati yang tenang. Kerana bukan setahun dua dia dilayan begitu. Maha hebat penerimaan, cacian dan pandangan serong masyarakat awam terhadapanya telah teruk ditelan sejak kecil lagi. “Jangan cakap macam tu, sayang. Iya, mungkin dulu mak pernah cakap macam tu, tapi doa boleh balikkan hati mak untuk terima abang. Sayang... sekali kita gagal ubah hati mak terima hubungan kita, kita sepatutnya cuba dan terus mencuba sehingga berjaya. Allah suka orang yang tak putus asa berusaha berdoa merayu. Sayang jangan terbawa-bawa dengan kata-kata yang belum tentu kesahihan keikhlasan mak. Abang tak nak sayang menyesal di kemudian hari. Cubalah bukakan hati. Kalau tak boleh juga, cuba kuatkan hati, lawan sehingga sayang boleh terima mak semula.” -Khaf Adam- Hai semua... bertemu kita lagi dalam naskah, Mr. Dark Night. Buat pembaca np insya-allah, setiap chapter akan di update setiap hujung minggu. Set date kita, okey. Xoxo... love you all ;)


Share this novel

Rate this story


Comments

Arisya AZmyth
2024-06-25 

bila nak update

nysyatt
2023-10-26 

lamanya nia hilang...

wishmebabe
2023-09-23 

tak update ke mlm ni?

syahdu olva

622 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience