Terjatuh Hati Padanya

Nusya Awang

Romance Completed 15032
4.8
(23 ratings)

Synopsis

Kisah Adanea Ara (Nea) seorang gadis biasa yang pertama kali terjatuh hati. Nea berasal daripada Ipoh, Perak. Dia baru sahaja memulakan kerja barunya sebagai seorang pengasuh disebuah taska. Nea mempunyai seorang sahabat baik yang bernama Norazlina (Ina). Ina sahabat baik Nea sejak zaman kolej lagi. Mereka tinggal bersama dirumah sewa milik mak saudara Ina. Mereka berdua tinggal dibandar. Hanya mereka berdua dirumah tersebut. Nea seorang gadis yang telah kehilangan kedua ibu bapanya. Mamanya meninggal dunia semasa melahirkan Nea. Manakala abah Nea meninggal dunia semasa Nea berumur 13 tahun. Sejak dari itu dia tinggal bersama ibu saudaranya iaitu Auntie Ying (Azlin). Auntie adik kepada abah. Auntie Ying lah yang menjaga Nea. Auntie Ying seorang ibu tunggal yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Rissa (Clarissa Rania) dan Carliff (Carliff Rykarl). Mereka berdua adalah sepupu Nea. Kini Nea telah berhijrah ke bandar untuk menyambung pelajaran dan kemudiannya bekerja disini. Jadi dengan siapa yang Nea terjatuh hati padanya? Ikuti kisah yang akan terjadi kepada Nea. Stay tuned. :) Segala nama watak serta nama tempat adalah rekaan semata-mata. Kalau ada sama tu mungkin kebetulan. >_< Nak tahu apa yang jadi lepas tu? Jangan lupa baca novel 'Terjatuh Hati Padanya'. Nea pertama kali jatuh cinta, dia bahagia tetapi siapa yang sangka nasib Nea seperti pepatah 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.' Kenapa Nea larikan diri dari suaminya sendiri?


Share this novel

Rate this story


Comments

ACHIK
2019-08-15  1 Replies

hai,jemput baca novel achik ! HATI YANG TELAH KAU CURI DAN BADRUL IZMAN,jangan lupa comment jugak ye,tq

Salina Mohd Seh
2019-07-31  1 Replies

besttttt

Nusya Awang
2019-07-26 

Alhamdulillah akhirnya novel 'Terjatuh Hati Padanya' dah pun complete. (T_T) Terima kasih kepada yang sudi membaca. Tq3 <3

Nusya Awang

227 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience