Sinopsis: Pertemuan Zahra dengan seorang pelajar baharu sekolahnya, Iz telah membuatkan hidupnya berpusing 360 darjah. Ada sahaja yang tidak kena, sehingga kedua-duanya mengisytiharkan perang. "Gigi taring kau....obvious sangat. Siung!" "Kau! Dah la gigi berbesi warna hijau segala bagai. Elok lagi gigi aku yang kau kata siung ni. Tak payah nak berabih duit buat macam tu!" "Ini namanya braces. Jangan tunjuk sangat asal-usul orang hulu kau tu. Simpan sikit !" Keberanian Iz berbicara soal hati telah mengikat mereka dengan satu hubungan. Namun, kesedaran tentang masa hadapan telah memisahkan mereka. Masa terus berlalu...... Hati Zahra diuji lagi dengan kehadiran lelaki yang ingin meruntuhkan tembok hatinya. Dan ayahnya pula merancang ingin menjodohkan dia dengan kawan lama ayahnya. Sanggupkah dia menurut dan menerima lelaki yang selayaknya dia panggil 'pakcik' tetapi terpaksa dipanggil 'abang'?.. Apakah yang dia perlu lakukan? Turuti kehendak ayahnya ataupun sebaliknya? ARGHHHHH aku buntu.... P/S: This story is very relax and sempoi.. Selamat membaca..
Update 06 December 2024