Series
184
Arcdralia online, sebuah permainan realiti maya (VR) yang terkenal pada waktu itu telah menjadi kegilaan ramai pemain dari seluruh dunia termasuk Ragou, Nemesis dan Arca (nama ID) yang dikenali sebagai Triple Blade kerana kemampuan mereka menjadi peringkat tiga teratas dalam peringkat kedudukan permainan tersebut. Sedang mereka menjalankan quest bersama, secara tiba-tiba mereka tersedar mereka jatuh dari langit dan mereka terpisah ketika terjatuh. Lalu disedari mereka terjatuh di tempat yang saling berjauhan antara satu sama lain di sebuah dunia fantasi yang mirip dengan permainan Arcdralia Online. Dengan bantuan online chat, mereka sepakat untuk memulakan perjalanan mereka bagi bertemu antara satu sama lain sambil mengembara di dunia fantasi ini bersama rakan-rakan mereka.
Update 06 December 2024