CINTA DARI LUH MAHFUZ

HAN MIKAEL

Romance Series 4836
4.5
(10 ratings)

Synopsis

Kehidupan seseorang itu telah tercatat di Luh Mahfuz lagi sejak dia menetap di alam roh lagi. Segala ketentuan seseorang itu telah dikarang di dalam 'diari' kehidupan dia.Semua yang berlaku ke atas dirinya sama ada semasa masa lampau , kini dan masa akan datang terkalam rapi dan selari di dalam diari tersebut. Kisah Azril yang penuh pancaroba.Menghadapi sebagai seorang khalifah berkulit gelap. Kehidupannya dihina dan dicaci masyarakat setempat kerana warna kulitnya yang jauh beza dengan mereka yang berwajah cerah. Tohmahan yang diterima bukan sahaja di kawasan perumahan , bahkan adik-beradiknya turut memberikan kecaman ke atas diri Azril.Bagi mereka , Azril pembawa malang kepada keluarga mereka kerana hanya dia sahaja yang berwajah gelap.Papa dan Mama mereka berwajah cerah begitu juga adik- beradiknya yang lain.Entah genetik mana terkandung di dalam DNA Azril. "Kau tu pembawa sial dalam keluarga ni" - lampias Ariel selaku anak sulung keluarga Adrian dan Adriana. Namun Azril seorang yang tabah.Setiap ejekan dan tohmahan hanya dibalas dengan senyuman manis.Tidak pernah sekalipun dia membalas kecaman mereka.Baginya, orang yang tidak matang sahaja mengutuk ciptaan Allah yang sedia indah. Hati Azril telah tersangkut pada dedahan cinta Haura Nafisya iaitu anak rakan kongsi Papanya. Bagaikan terlihat bidadari syurga yang sedang melambai lambaian seurat cinta saat menatap mata Nafisya. "Saya sukakan awak" luah Azril pada Nafisya.Walaupun gentar namun cuba mengawal getaran suaranya. "Sorry , aku tak layan lelaki gelap ni.Lelaki bawak sial dalam kehidupan aku" sinis Nafisya membalas.Dia bukan sahaja menolak cinta Azril namun menghina Azril yang berwajah gelap itu. Cinta Azril ditolak mentah.Tersiat hatinya dengan ejekan Nafisya. Tidak layakkah seorang lelaki berwajah gelap bercinta?? Start : [13|05|18] End :


Share this novel

Rate this story


Comments

zarazara79
2020-03-03 

update...

HAN MIKAEL
2018-11-02 

MAAF GAISS??Author punya dihack so my books kena delete...So tak dapat nak copy bab lain??Author tak ada copy

NAZ
2018-06-22 

bila nak update bab bru ni?

HAN MIKAEL

22 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience