Bagaimana rasanya melihat suami curang di depan mata? Apa rasanya diceraikan di depan seorang perempuan yang pernah dibantu dengan ikhlas walaupun diri serba kekurangan? Bukan rasa oren, jauh sekali rasa abang navy! Ya, dia wanita itu. Wanita yang terluka teruk disebabkan dua manusia yang tidak menghargai pengorbanannya selama ini. Tapi, dia akan bangkit walaupun terpaksa merangkak, mengheret tubuh keluar dari lembah kedukaan. Kemunculannya bakal membolak-balikkan dunia fantasi rekaan dua manusia itu. Dan saat dua manusia itu jatuh hingga ke dasar lembah duka terpaling dalam penuh kegelapan, dia akan duduk di atas takhta emas berhiaskan batu berlian, memandang jijik mereka yang berada di bawah tapak kakinya itu dan mentertawakan mereka sampai kejung perut. Lihat saja nanti! Duda terpaling hangat di pasaran itu akan ditawan, bukan kerana cinta melainkan hanya sebagai jalan shortcut untuk dia membalas dendam. Bila misi berjaya, dia akan merampas semuanya dari duda itu dan melangkah pergi dengan penuh kebanggaan. Itu harga yang perlu dibayar oleh lelaki ghost pepper pemusnah usus perut itu kerana meletakkan maruah seorang wanita di bawah tapak kaki, setaraf binatang jalanan! Lihat saja nanti! Jangan panggil dia Nuri Ashura kalau dia tidak mampu melakukannya! #Genre - dark romance drama
View All Chapters (Total 42 Chapter)
Update 13 December 2023
2023-12-26
Hi singgah ke novel saya Cousin to be my wife
2023-12-19 1 Replies
Donated 200 nCoins
2023-12-18
200 bintang..the best ending...