CUKUP SAMPAI DI SINI

syzzwnx

Romance Series 30730

4.9 (225 ratings)

Synopsis

AIRIS ingin mencari calon suami yang benar benar ikhlas bersamanya tanpa memandang rupa atau harta. Oleh kerana hasratnya itu, Airis terpaksa berpura pura menjadi orang gaji di rumah kawan kepada mama kawannya. Hasrat ingin mengambil hati Danish Ashraff, anak kedua Datin Wahida dan Dato' Ariff terbantut apabila lelaki itu telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di London. Kembalinya Daniel Ashraff dari Tokyo membuatkan hidup Airis menjadi kucar kacir. Pernah sekali Airis bertekad ingin berhenti kerja kerana si lelaki bernama Daniel itu asyik mengganggunya membuat kerja. Entah apa yang berlaku sehingga Airis dan Daniel mengambil keputusan untuk bernikah. Apabila ditanya, pasti mereka akan memberi tahu bahawa mereka saling menyukai antara satu sama lain. Sebenarnya, Daniel menginginkan syarikat papanya tapi bersyarat perlu mempunyai rumah tangga dahulu. Dia ingin menjadikan Risya sebagai isteri tetapi gadis itu belum puas menikmati zaman modelnya. Jadi terpaksalah Daniel mencari gadis lain. Secara kebetulan, ada keaiban Airis yang diketahuinya, membuatkan Airis terpaksa menikahi lelaki itu. Bunga bunga di hati mulai kembang mekar apabila perkahwinan mereka yang disangka akan menyusahkan menjadi detik detik yang bahagia. Selama itu, Airis merasakan bahawa dialah wanita yang paling bahagia. Bagi Daniel pula, dialah lelaki yang paling pandai membahagiakan seorang isteri. Banyak kisah yang mereka miliki. Ada peristiwa Daniel yang sanggup berpura pura ingin menyerahkan tubuh Airis kepada kawan baik baiknya sendiri sempena hari April Fool. Sehinggalah beberapa bulan kemudian, Daniel mula berubah menjadi orang lain dan perkara itu telah melukai hati Airis. ___ Start: 26/5/2020. 08.06 A.M Ini kisah tentang DUGAAN seorang isteri. Jangan tanya kenapa begitu banyak dugaan yang watak di dalam novel ini terima sebab nama pun kisah tentang DUGAAN. [Ada beberapa kandungan yang memerlukan pantauan dan bimbingan orang dewasa.]


Rate this story

Share this novel

syzzwnx
2020-08-03 

Aduh aduh.. reader mesti tak faham kan apa yang berlaku masa Daniel beli sejambak bunga, kan? Yang scene org jahat hentak leher Daniel. Saya tulis 'dgn tiba tiba dia menghentak leher kucing dgn silauan matanya..' Hiyy, apa yang aku tulis ni. Sebenarnya, semalam sy taip masa mengantuk sgt sgt. Perkara macm nilah yang saya maksudkan tertulis benda lain semasa mengantuk. Sebenarnya saya nak tulis "dgn tiba tiba llki itu menghentak leher Daniel dengan menggunakan tangannya." tapi entah macm mana pulak tertaip kucing. Lagi dengan silauan mata yang entah apa apalah.. Saya tkde masa lagi nk baiki.. Sibuk nk berkemas. Okeylah, setia menunggu okey?

Mia Zara
2020-08-03  1 Replies

jahat nya raisya sanggup perangkap bks kekasih lama

Iman Halida
2020-08-03  1 Replies

Tq update cik author.. Good luck n all the best... Awak mmg berbakat... So jgn sia2kan peluang y ada

syzzwnx

185 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

INI BENAR

MIRA KAZAR

Sememangnya dia amat merindui lelaki itu. Sepanjang tiga tahun ini, dia gagal untuk melupakan...

Terjatuh Cinta Kat Awak...

MiMie (EverLyn)

Daniel Hashim siapa tak kenal...Pilot paling segak dan hensem di KLIA. Tiada siapa yang boleh...

Benci Kanda, Sayang Dinda

Nana Riana

#Fantasi #Cinta #Sweet #ModenKlasik Sebuah kisah cinta moden-klasik dua dunia di antara seorang...

Dendam Cinta Terindah

misz alisz

Shasha Badrina,dibesarkan dengan kemewahan. Apa jua kemahuan Shasha akan di turuti oleh sang ayah,...