WARUI [BAD]

wydevynn

Young Adult Series 1905
5
(6 ratings)

Synopsis

NUR ERINA AYESHA - Pemilik mata bewarna coklat cair itu sungguh naif. Sesuai dengan namanya, Erina yang membawa maksud 'cantik'. Ayesha pula memberi makna 'baik.' WEN YUANJUN - Lelaki Cina ini berbeza 360° dari sifat Erina. Dia beku, muka sentiasa ketat, jarang tersenyum pada sebarang orang. Tahap kebenciannya pada perempuan usah disebut! Terima kasih buat tampang kacaknya, dia berjaya menarik ramai perempuan. Mereka semua dilayan setaraf, tidak ubah seperti boneka. Rokok, arak dan dadah? Itu juga tidak lari dari kamus hidupnya. Awal pertemuan mereka tidak seindah mana. Yuanjun si mulut lancang terus-terusan mengutuk Erina tatkala perempuan itu teragak-agak mahu menerima ajakannya. "Buang masa aku ajela bunuh kau. Aku kalau nak bunuh orang, aku tak cari mangsa yang badan macam kau ni. Keding. Tak seronok." -Wen Yuanjun. Setelah tengah hari itu berlalu, Yuanjun tidak harapkan apa-apa dari Erina. Cukuplah setakat sekali pertemuan mereka. Selepas kejadian itu, dia tidak mengharapkan lebih dari Erina. Malangnya... Erina adalah Erina! Erti maksud 'Zhídào w?men zàicì jiànmiàn' mendorong mereka untuk bertemu buat kali kedua. Sangka Erina, Yuanjun mahu berkawan dengannya. "Dengar sini, aku selamatkan kau, tak bermakna aku baik. Aku selamatkan kau, tak bermakna aku dan kau boleh berkawan." Itu pula yang dibidas Yuanjun. Pertemuan kali ketiga mereka ketika Erina menjumpai Yuanjun dalam keadaan dia sungguh teruk malah, hampir tidak mengecam itu Yuanjun. "Anggap saya balas budi awak." -Erina Ayesha. "Aku dah cakap tak payah balas, kan?"-Wen Yuanjun. Kebencian demi kebencian dilontarkan kepada satu sama lain, lama kelamaan ada juga sebuah hati yang terpaut pada lawannya. Kejadian Erina hampir diculik mengaktifkan sisi protektif seorang Wen Yuanjun. Lantas, dia... "Kahwin dengan aku?" -Wen Yuanjun. I'm bad at description, sorry in advance :)


Share this novel

Rate this story


Comments

3 Little B's
2023-07-30 

Novel yang best,tp sayang dah lama tak update.

amaya_rose
2022-04-23  2 Replies

Best!

Bellesa
2022-01-26  2 Replies

GOOD JOB

wydevynn

8 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience