1st book of Sayangku Series Alam persekolahan. Setiap orang mempunyai memori pahit dan manis, sejak dari tahun satu hinggalah tingkatan lima di alam persekolahan. Persahabatan, pengalaman dan pembelajaran sepanjang sebelas tahun akan membawa kenangan. Tidak lupa juga cinta monyet yang menjadi ingatan ketika dewasa nanti. Berbeza dengan seorang murid sekolah bernama Zureen Maisara, hidupnya tenang dan aman sebelum ini. Munculnya seorang guru praktikal di sekolahnya, memberi misteri baharu di dalam hidupnya. Bukan sekadar perkataan 'crush' kepada guru praktikal tersebut, malah niat Zureen ingin merungkai kisah hidupnya. Atau lebih dikenali sebagai STALKER. Terjatuh cinta kepada seorang guru, mungkin perkara yang biasa, jika tidak berlebihan. Tetapi Zureen, bukan sekadar itu. Kemahuannya untuk mencari maklumat sebenar guru tersebut ialah luar dari batasan, sehinggalah dia mengetahui sebuah hakikat yang pedih. Hakikat itu, bukan sahaja mengubah kehidupannya, malah keluarganya sekali. Terpaksa menerima orang yang baharu di dalam hidup, bukanlah mudah untuk diterima semua orang. Tambahan pula, orang yang tidak disangka-sangka. Apakah hakikat itu? Siapakah orang yang tidak disangka-sangka itu? Sayangku Crush ada jawapannya. ________ Genre: Teenfiction, family, mystery, action, romance, thriller DISCLAIMER: Kisah ini merupakan rekaan semata-mata, tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun meninggal dunia. Ditulis semasa umur Hana masih muda, faham-faham sahajalah unsur 'tidak matang' dalam novel ini. Mengandungi konflik keluarga yang berat. MULA: MEI 2020 TAMAT: JUN 2020 (EDITING IN PROCESS) • FIRST STORY BY HANASTELLAA • TAJUK ASAL: YES MEMANG AKU STALKER
View All Chapters (Total 7 Chapter)
Update 06 December 2024
2021-05-08 1 Replies
Tak apa Hana, kita tunggu awak update nanti^^
2021-03-31 1 Replies
Hihi miya pun pening..sungguh mkin merumitkan >< tpi citer ni mkin menarik ^^ tkpe Hana..miya fham..cuma tulah nk sek ni mesti lgi sibuk huhu..
2021-03-31 1 Replies
ppp .tumpang lalu silalah baca novel KENAPA MESTI AKU!!