Kerana Kau Milikku

Cherry

Romance Series 191605
4.7
(2244 ratings)

Synopsis

Salena Suha - Seorang gadis yang hidupnya tidak pernah lepas dari masalah. Lantaran itu dia cuba untuk terus berdiri dan meneruskan kehidupannya seperti orang lain. Suatu peristiwa hitam hampir sahaja menimpa dirinya. Akhirnya Suha berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh Arhan. Rentetan itu, satu permasalahan yang tak sangka telah dihadapi oleh si lelaki yang sudahpun beristeri. "Ini semua sebab kau perempuan..! Kau penyebabnya ..!" - Ayden Arhan. Arhan dipaksa untuk mengahwini Suha. Menjadi madu dalam keluarga suaminya bukan mudah apabila mendapat tentangan daripada ibu mertuanya yang tidak merestui ikatan itu. "Aku takkan sesekali terima kau sebagai menantu aku " - Puan Seri Asmah. Suha pasrah. Dalam keterpaksaan bergelar suami isteri, layanan buruk telah diterima daripada si suami. Biarpun begitu, Suha tetap kuat dan tabah walaupun Arhan seringkali tidak berlaku adil. Saat usia perkahwinan baru menginjak setahun jagung akhirnya perpisahan jalan terbaik.Suha akur pada takdir bilamana cinta Arhan pernah ada baginya. "Aku ceraikan kau Salena Suha binti Ahmad dengan talak satu " -Ayden Arhan. Suha meneruskan hidupnya tanpa mencari cinta baru. Kenangan bersama Arhan yang masih tersisa menemani hidupnya, sehinggalah munculnya Zayyan Armand dalam hidup Suha. "Bagi aku peluang Salena Suha. Aku akan buktikan yang aku mampu jaga kau." -Zayyan Armand. Keikhlasan cinta Zayyan membuatkan Suha terkedu. Mampukah dia memberi peluang kepada Zayyan..?


Share this novel

Rate this story


Comments

Nliana
2021-10-30 

best cite ni..ade happy,sedih,kelakar,sakit hati pun ade..Semoga arhan dgn sarah tenang di alam sana

auraNASUHA
2021-08-31 

jemput singgah baca hasil penulisan saya "cinta paksa" tqvm :)

ykhan
2021-08-02 

hi there! invite to come my novel Mr Luth : My Prince Charming. tq dear :)

Cherry

229 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience