Seindah Kasih Sakura

Nia Elysa

Romance Series 82355

4.9 (603 ratings)

Synopsis

"Kerana Sakura mengingatkan aku pada sinar cintanya." Bagaimana mahu berdepan dengan bos yang pernah jadi teman lelaki suatu ketika dulu? Hadap atau lari sejauh yang mungkin? Dendam lelaki itu tidak pernah surut. Dan sebagai hukuman, Elin terpaksa menghadap lelaki itu sekali lagi. Sungguh, dia tidak menyangka langkahnya telah mengheret dirinya ke syarikat tersebut tanpa sengaja. "Cik Elina Nurin." Mata kami bertentang. Teringat kisah lama. "Long time no see. Masih ingat lagi pada saya?" Lelaki berkacukan Jepun itu merenung tajam seakan mahu menikam jiwanya raganya. "Tak perlu la nak ungkit kisah lama, Tuan Ezairy." - Elina Nurin Hati Elin mula berkocak. Dia tidak tahu apa kata hatinya yang sebenar. Lima tahun berlalu sepi... Dia masih teringatkan Ezairy Akiyoshi. Masih cinta? Dia tidak pasti. Kelopak Sakura mengimbas kembali kenangan mereka. "Bos Elin tu Mak. Dia... Takkan biarkan Elin hidup bahagia." Aku tinggalkan dia kerana Mak. Aku kembali padanya juga kerana Mak. "Hati aku takkan pernah puas kalau tak seksa kau. Aku suka tengok kau rasa terseksa." - Ezairy Akiyoshi Ayat yang begitu menghiris. Ezairy tak pernah berubah. Sama saja seperti dulu. "Elin, kau kena bertahan. Terima kemarahan aku sampai hati aku sudi memaafkan kau." "Saya tahu salah saya. Saya patut terima hukuman." Dia menghukum aku. Tidak sedarkah dia aku yang begitu terseksa selepas perpisahan kami? "Elin... Kau tak boleh tinggalkan aku lagi. Kau milik aku." Terkadang, dia berasa gentar berhadapan dengan lelaki ini. Bagaimana pula hidupnya nanti jika lelaki itu menjadi suaminya? Sedangkan di tempat kerja dia harus menerima hukuman atas alasan kemarahan yang masih tidak surut terhadap dirinya? Mari kita sama-sama menjejak cinta mereka dalam Seindah Kasih Sakura.


Rate this story

Share this novel

Saphyt
2021-06-11 

Hai semua! Maaf tumpang iklan. Jemputlah baca novel saya, "Tersusun Indah Takdir Kita". Terima kasih semua. Harap anda semua dalam keadaan baik-baik sahaja. :-D

Gulag Jayan
2021-06-10 

Sis Nia, sambung lagi cerita ni please.. Best2, cerita yg sangat2 menarik.

Ifa Teddy
2021-03-15 

Hai tumpang promot ;p jemput baca novel saya "Mr Poyo I Love You" dan "Sisa Sebuah Cinta" tq  =D

Nia Elysa

1368 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience

You may also like

cinta kera

Anis Aziz

Bukan Mengungkit Tapi Membangkit

Kerishtina Sunggau

JATUH DAN PUTUS CINTA LAGI!

HAZIF HMD

Ikhlasly.

haura medina