Dendam Har Azmeer

Tintabisu

Romance Completed 125717
5
(244 ratings)

Synopsis

Ira Farhana, seorang wanita yang periang dan cukup disenangi orang ramai. Memiliki wajah secantik perempuan Melayu terakhir, dia diminati banyak orang. Sayangnya hidupnya tidak sedikit sama seperti novel. Hidupnya bergulir dengan pelbagai dugaan. Dadah merosakkan hidupnya, rakan membuatkan dia tersungkur jatuh, menyenangkan hati orang - orang sekelilingnya nenjadi perkara utama hingga menyebabkan dia hilang dirinya sendiri. Dalam mencari diri, dia diuji dengan kehadiran seorang lelaki yang disangkakannya sudah mati dari helaian hidup. Dari situ, dia belajar tentang kehidupan dan kasih sayang. ------------------------------------------------------------ Har Azmeer, seorang lelaki campuran Flemish Dutch-Melayu yang dilahirkan dengan babak kehidupan yang tidak senang. Bapanya meninggal dunia sebelum sempat dia dilahirkan. Ibunya pula membenci dirinya. Didera, diherdik, dibenci, itulah Har Azmeer. Menginjak dewasa dengan susun atur hidup tunggang langgang membuatkan dia menjadi seorang yang pendiam, pelik, polos dan tergagap - gagap dalam percakapan. Dialah nerd kampus yang sering dibuli dan diusik orang. ------------------------------------------------------------ Dalam untaian jodoh, ketika di London, mereka bertemu dan saling jatuh cinta. Namun, kerana cemburu mata - mata asing serta perbezaan besar antara satu sama lain, masing - masing memilih untuk bergerak jalan yang berbeza. Seorang ke kanan, seorang lagi ke kiri. Sangka mereka, jodoh hanya terhenti di situ sebelum mereka dipertemukan kembali kerana dendam seorang wanita. ••• " Bila kau nak lepaskan aku?!" Soal Farhana dengan nafas tercungap - cungap. Jadi begini rasanya bila kebencian bersulamkan nikmat? Rasannya aneh tapi cukup amat mengujakan. " Bila waktu aku dah terjatuh cinta dengan kau!" Balas Har mengumam dalam perbatasan nikmat yang dia kecapi. Tidak pernah dia terfikir dia dan Farhana terjerut di antara satu nafas sebegini. " Fine, I'll make you go crazy over me..." " Funny! That will never happen, Hana." Apakah kesudahan untuk mereka berdua dalam? Apakah ada penamat untuk pertarungan antara dua jiwa yang berawalan penuh dengan tanda tanya? Adakah mereka berdua saling membenci atau saling menyayangi? Semuanya ada di sini.


Share this novel

Rate this story


Comments

Zai Ma
2023-04-16 

Donated 200 nCoins

Tintapink
2023-03-22 

=) jemput Baca Karya ongoing Saya (Takdir yang TERTULIS) (SANG penikam) (Vampire Curse)

Alin
2023-01-03  1 Replies

nak tanyaa, unlock chaps guna coins tu memang kena bayar ke? kiranya 67locked chaps x 70coins = 4690coins. Topup 5000 coins rm39.90. Serius ke kena bayar rm40 utk baca satu story kat novel+ ni??? sorry saya pengguna baru apps ni ??

Tintabisu

729 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience