Faida Syaheen, seorang gadis, tinggi lampai, cantik, cerdik dan bekerjaya yang sentiasa menjadi kegilaan mamat-mamat kampung. Namun, kerana dia merupakan anak kepada Encik Hamid dan Puan Dahlia tiada siapa berani mendekatkan diri dengannya. Mahu bersepai kepala lelaki-lelaki yang cuba mengurat anak tunggalnya, almaklumlah Encik Hamid merupakan guru silat dikampung itu....! Fariz Danial, lelaki tampan yang penuh dengan sifat sopan, peramah, dan cukup menghormati orang tua. Berkeras dengan perempuan, itu bukanlah dia. Anak yang taat. Tak pernah sekali dia melawan dan mengingkari kata mama dan papanya. Dimana harus dia berada, bekerja dan belajar dimana semua ditentukan oleh kedua ibu bapanya Puan Fariza dan Encik Zahrin. Namun jangan disebut soal nikah kahwin, itu akan membuat dia mengurung dirinya seharian didalam bilik... "Riz, mama dan papa rasa sudah tiba waktunya Riz mendirikan rumahtangga. Ada isteri dan anak.. Ada orang yang boleh menguruskan makan minum pakai anak mama seorang ni.." ~Puan Fariza~ "Maksud mama kahwin? Hummmm nanti-nanti lah Riz fikirkan.. Riz tak nak terkocoh-kocoh membuat keputusan dalam berumahtangga mama. Riz tak nak pisang berbuah dua kali.." ~Fariz Danial~ "Faida, mak dah jumpa calon yang sesuai untuk kamu nak.. Anak kepada kawan bapak masa sekolah dahulu. Baik budaknya, nanti Faida kenal-kenallah ye.."~Puan Dahlia~ "Apa ni mak? Orang tak nak kahwin lah. Adik lebih rela sendiri dari kahwin dengan lelaki itu..!" ~Faida Syaheen~ "Haaa!! Apa? kita berdua dijodohkan? Biar betul??!!" ~Fariz dan Faida~ Mampukah rukun cinta terbina hanya ditentukan oleh ibu bapa masing-masing? Adakah benar kata cinta selepas nikah itu lebih indah? CINTA AKU HANYA DIA, jawapannya.
Update 06 December 2024
2021-11-22
Hai jemput singgah novel saya no string attached. Tq <3
2021-11-22
Best! Jangan lupa singgah profil saya untuk membaca Pilih Oppa ke Abang? ^^ please follow, rate, comment & donate :)
2021-11-19
Next Pleaseee